peace be upon you, peeps.
Belumpun tengahari lagi, sudah bermacam perkara berlaku. Perkara-perkara yang meletihkan jiwa dan raga pulak tu. Haih. Jam 7 pagi tadi ada lab. Bukan mengerjakan eksperimen pun, hanya perlu membersihkan makmal selama lebih kurang sejam. Dalam durasi waktu sejam tu, pergh. Mencabar emosi betol.
Aku pantang betol dengan orang yang selfish dan tidak mempunyai rasa tanggungjawab. Aku pemalas, sangat. Tapi, bila berkaitan dengan perkara-perkara yang melibatkan kerjasama semua pihak, aku rasa aku tak pernah ambil mudah. Serius, aku mahu mengerti apa rasanya menjadi begitu tidak sensitif, mementingkan diri sendiri sebagaimana mereka-mereka yang berkenaan tadi.
Sepertinya, mereka kelihatan sangat senang hati, dibandingkan dengan aku yang emosi tak tertahankan. Serius, aku mahu jadi sesenang hati begitu. Tapi, aku tidak boleh. Walhal, aku juga boleh menyertai mereka, membiarkan tanggungjawab yang diamanahkan diselesaikan oleh saki baki teman yang lain. Kenapa aku tidak boleh? Kenapa aku memilih untuk emosi? aku tak tahu. Boleh bagitahu aku, kenapa? ouh, please... do enlightened meeeeeeeee..... supaya aku boleh memahami tindakan mereka-mereka itu tadi, dan tidak merasa sesakit hati tadi.
Kerja membersihkan makmal itu tidaklah terlalu banyak, 5 orang sudah mencukupi untuk menyelesaikannya. Apa yang aku cuba jelaskan daripada tadi adalah, tidakkah mereka mempunyai rasa, niat @ urge untuk bertanya khabar? contohnya,
"hey, is there anything that i can do?"
"do you want me to do this?"
"is everything okay here?"
"if there is no work for me to do, i think i'm going to finish my ****. is that okay with you?"
see? aku tidak mempunyai masalah jika mereka ada rasa untuk berfikir tentang tanggungjawab yang diamanahkan. Aku juga tidak akan memaksa atau mengamuk tak tentu pasal sekiranya mereka bertanya, dan menunjukkan rasa cakna barang sekelumit dua. Aku malah akan dengan senang hatinya menjawab,
"Ouh, it's okay. I can handle this. You might want to ask other students, maybe they need helps"
"oh, no, it's okay, thank you. You can count on me. yeah, you can go and finish your ****"
see? nampak tak? toleransi itu perlu. Dan toleransi itu ada hadnya. Aku teringin untuk memahami apa rasanya menjadi mereka. Serius. Sesiapa? boleh bantu?
Seterusnya, emosi aku menjadi semakin tidak stabil tatkala mendapat khabar berita dari koordinator,
"for kuliah lapangan, we have to pay 1.1 juta rupiah instead of 900k rupiah by next week."
"And, the lecturer said, the international student agency won't pay for that."
Terhenyak. ya, itulah yang aku rasa. Nampak gayanya, budjet yang sudah diisolasikan untuk pulang ke tanah air harus digunakan untuk kuliah lapangan. Untung belajar di tanah air, segala aktiviti dari pihak universiti ditanggung 100 %. Aku? heh. Semua duit poket sendiri. Aku sedih, berkecamuk. Orang lain santai, mereka mampu. Aku? heh. yes, duit JPA masih ada sisanya, cukup-cukup untuk aku hidup hingga grad insyaAllah Ogos 2012. Tapi, this is aku. Aku tidak sampai hati, ah. Entahlah. Biarlah. Posisi sekarang, aku tidak pulang. Aku masih menunggu keputusan rayuan dari mahasiswa kepada pihak agensi pelajar antarabangsa. Semoga kos untuk kuliah lapangan boleh di claim. Amiin.