Cool Widgets

Thursday, January 13, 2011

rasa seorang aku.. dengan segala onar yang berlaku.

 


peace be upon u..


akhir-akhir ini, tak tahu kenapa, jiwa ni menjadi sangat fragile, rapuh.. homesick kah? entahlah.. yang pasti, jiwa, hati dan perasaan ini rawan terguris dan berdarah.. lembik semacam.. manja.. sensitif.. koya.. huhu.. belum pun masuk 3minggu dalam 2011, macam-macam perkara telah berlaku.. rata-rata perkara yang menyakitkan.. baik dari segi study, kawan, kekasih hati, keluarga, masyarakat setempat.. semuanya lebih kepada memberi efek sakit daripada menyenangkan..

dibuli, diambil kesempatan, dibiarkan itu adalah perkara biasa yang aku alami hari-hari.. kenapa? itu adalah takdir, gumiho.. sila salahkan diri sendiri sebab tak pandai nak handle masalah sendiri..

aku kekurangan dalam segala segi -- tinggi, kecerahan kulit, IQ, wang, penglihatan, ketebalan badan, tahap kerajinan, keupayaan mengawal emosi, etc..

mungkin sebab terlalu banyak kekurangan diri itulah yang membentuk peribadi seorang aku.. ya, aku yang suka merajuk, emo, rendah diri, demanding.. kerana apa? kerana seorang aku ini.. errr, seorang aku la kot.


tapi... di sebalik kekurangan-kekurangan yang Tuhan kurniakan pada aku, Dia tak lupa untuk anugerahkan aku ajnabi yang sayang sangat-sangat kat aku.. ya, ajnabi yang melengkapkan hidup aku, yang terima segala kekurangan yang ada pada aku.. subhanallah.

ajnabi ini pada aku adalah sempurna.. hingga aku sendiri tiada kekuatan untuk membuangnya.. dalam dunia ni, hanya keluarga dan dia yang mampu menjadikan aku sebagai seorang aku yang fragile.. hidup aku rata-rata dipengaruhi oleh mereka.. kerana apa? aku pun tidak tahu.. sayang mungkin.

ajnabi ini.. sungguh aku tak sangka.. kata-kata yang dilontarkan pada pertemuan berbulan yang lalu, dikotakan.. dikotakan hanya kerana seorang aku.. sungguh tidak disangka.. yang aku sepenting itu pada si ajnabi.. pengorbanan terbesar dari seorang ajnabi untuk aku.. jujur aku akui, ak sangat sangat sangat sangat terharu.. tapi, dalam masa yang sama juga, aku rasa seperti -- berdosa.

berdosa dan bersalah kerana pengorbanan itu melukakan pihak ketiga.. memang, memang pihak ketiga itu lagi banyak torture aku.. mentally and "physically".. tapi.. ko faham tak?? aku jenis yang tak sampai hati.. aku gembira dan sakit hati dalam masa yang sama.. maafkan aku.. aku terlalu trauma dengan kau, pihak ketiga.. aku nampak banyak perkara yang ajnabi tak nampak pada kau.. aku bingung dengan apa yang harus aku lakukan supaya ajnabi nampak apa yang aku nampak.. supaya ajnabi tidak tertipu.. dan akhirnya, aku tersangat sangat sangat sangat sangat bersyukur.. ajnabi berkorban untuk aku.. semoga ini menjadi pengajaran untuk kau, pihak ketiga.. dan pengajaran untuk aku juga - supaya lebih menjaga hati ajnabi.. dan tidak prejudis.

hai cik ajnabi.. infiniti terima kasih untuk segalanya.. i'm so touched for what u have done.. hilang buah butir bicara saya tadi.. terima kasih!!! forgive me for my lacks and for what i have done.. now i know what karma means.. i get what i give.. we both get what we give.. awak sempurna di mata saya.. yes, saya banyak complain.. tapi, jangan salah faham please.. saya tak dapat kawal diri untuk menjadi terlalu jujur dengan awak.. bukan bermakna awak tidak bagus.. complain itu adalah supaya awak lebih bagus.. saya bersyukur yang saya tidak mempunyai keberanian untuk berbohong pada awak.. terima kasih!!!

tapi.. aku hanyalah seorang aku.. dan aku harap ajnabi dan mereka-mereka tahan dengan aku.. aku sedang berusaha untuk berhijrah menjadi seorang aku yang lebih baik.. dan aku harap juga, ajnabi dan mereka-mereka berusaha untuk memahami betapa rawannya jiwa aku..

now, harusnya aku bergembira.. let bygones be bygones.. fikirkan momen-momen bahagia yang bakal aku kecapi kurang lebih seminggu lagi.. hoyeah!! chill2.. huhu. peace!




















"i heart you because you are you - and i hope you heart me because i am me, too"
 
"3rd party, you are forgiven.. cuma, aku tak yakin maaf tu masih ada atau tak kalau kau membuat onar lagi"

No comments:

Post a Comment